NO 1 VITAMIN SIHAT

NO 1 VITAMIN SIHAT

Set Buasir

Apa itu buasir ?
  • buasir adalah salur darah vena yang membesar di bahagian bawah rektum dan dubur. 
  • ia akan membawa masalah apabila ianya menjadi radang atau bengkak.
  • buasir boleh diklafikasikan kepada dua, bergantung kepada lokasinya iaitu buasir dalaman dan buasir luaran.
  • kedua-dua ini mempunyai simptom dan masalah yang berbeza.
Buasir dalaman
  • Merupakan salur darah vena yang bengkak di lapisan dalam rektum. 
  • Pesakit akan mengadu terdapat pendarahan selepas membuang najis tanpa kesakitan. Ada juga pesakit yang akan terasa seperti unjuran yang terkeluar dari dubur selepas membuang air besar. 
  • Unjuran ini mungkin hilang sendiri atau ada juga yang perlu menolak balik unjuran ini ke dalam.

Buasir luaran
  • Merupakan salur darah vena di bahagian bawah kulit luar dari dubur. 
  • Pesakit akan mengadu sakit, berdarah, gatal atau bengkak semasa membuang air besar. Kesakitan yang dirasai seseorang itu mungkin berbeza. 
  • Ada orang yang mungkin merasa sedikit tidak selesa, tetapi ada juga yang merasa panas atau amat pedih. 
  • Sakit yang kuat mungkin berlaku akibat salur darah yang tersumbat oleh darah beku.

Faktor penyebab Buasir

antara beberapa faktor yang boleh menyebabkan seseorang boleh mendapat masalah buasir ialah:

1.Tekanan (pressure)
  • Saluran darah venus di bahagian anus dan rektum adalah sangat sensitif terhadap tekanan. 
  • Pertambahan tekanan ini boleh menyebabkan buasir. Sebenarnya buasir hanya berlaku pada manusia sahaja kerana manusia secara azalinya berdiri di atas dua kaki. 
  • Ini memberikan tekanan kepada saluran venus di kawasan dubur sebanyak tiga kali ganda berbanding apa yang dialami oleh binatang-binatang lain yang berjalan menggunakan empat kaki.
Di samping itu, tekanan di dalam perut yang menyebabkan pertambahan tekanan di bahagian dubur juga adalah faktor utama berlakunya buasir.

2.Duduk atau berdiri dalam jangka masa yang terlalu lama
  • Orang yang selalunya terpaksa duduk atau berdiri dengan lama lebih berkemungkinan untuk mendapat      penyakit ini. 
  • Berdiri akan menyebabkan berlakunya peningkatan dalam tekanan, menyebabkan saluran venus membengkak atau terkeluar.

3.Masalah sembelit
  • Najis yang besar dan kering memerlukan teranan yang kuat untuk membuangnya. 
  • Ini menyebabkan berlakunya peningkatan tekanan pada salurang venus di bahagian dubur, menyebabkannya membengkak dan menjadi buasir.
  • Sekiranya ada buasir dalaman pada masa tersebut, ia mungkin akan ditolak keluar.

(Lihat perbezaan ketara antara pembuangan najis yang normal dan sembelit)


4.Berat badan berlebihan
  • Berat badan berlebihan memberikan tekanan yang lebih kepada saluran venus.

5.Mengandung
  • Mengandung adalah penyebab utama buasir kepada wanita muda. 
  • Ia berlaku bila adanya tekanan yang meningkat disebabkan oleh rahim yang membesar. 
  • Di samping itu, bekalan darah wanita yang mengandung sememangnya meningkat lebih daripada biasa. 
  • Ini dengan sendirinya memberikan sedikit tekanan kepada saluran venus. Hormon yang hadir semasa wanita mengandung pula menyebabkan otot-otot menjadi lebih “relax”, dan ini memburukkan lagi keadaan. 
  • Ditambah pula dengan fakta bahawa proses mengandung itu sendiri selalunya menyebabkan berlakunya sembelit. 
  • Wanita yang mengandung perlu meminum air yang banyak untuk membantu mengurangkan masalah ini.

Simptom-simptom penyakit Buasir

1.   rasa sakit yang berdenyut-denyut, rasa gatal pada lubang dubur.
2.   pendarahan berlaku selepas dan sebelum membuang air besar dan rasa kepanasan di situ.
3.   sukar untuk membuang air besar dan rasa tidak selesa pada bahagian dubur apabila berdiri lama atau bercangkung.
4.   darah menitis dan tersembur keluar dari saluran dubur.
5.   dalam tempoh pendarahan ini, pesakit boleh mengalami kekurangan darah.
6.   ada yang tidak mengalami pendarahan, tetapi dikenali sebagai pembekakan dubur.

Komplikasi

komplikasi yang sering terjadi akibat buasir jarang dilihat, tetapi boleh terjadi - contohnya :-

Anemia
  • kehilangan darah yang sangat banyak akan menyebabkan anemia(kurang darah merah).Oleh sebab itu akan cepat merasa letih dan lemah-lemah badan.
  • dalam sesetengah keadaan pesakit mengalami sakit yang teruk hingga menyebabkan tisu mati atau rosak.



Adakah buasir penyakit keturunan ?

  • tidak ada bukti yang sahih menyatakan bahawa buasir adalah penyakit diwarisi.
  • bagaimanapun ada kaluarga yang nampaknya lebih cenderung menghidap penyakit ini berbanding keluarga lain.
  • ini berlaku mungkin kerana pemakanan yang diamalkan oleh sesebuah keluarga tersebut.

Adakah buasir akan menyebabkan kanser ?

  • buasir tidak menyebabkan kanser atau bertukar menjadi kanser.
  • haruslah diingat bahawa pendarahan di bahagian dubur mungkin adalah tanda awal penyakit kanser usus.
  • adalah sangat penting untuk anda membuat pemeriksaan lanjut sekiranya berlaku pendarahan di bahagian      dubur anda atau bila anda mendapati najis anda menjadi merah atau hitam (darah bercampur dengan najis)


Perlukah saya berjumpa dengan doktor?

Dapatkan nasihat dari doktor sekiranya anda mengalami pendarahan semasa atau selepas membuang air besar. Doktor perlu memastikan bahawa pendarahan tersebut berpunca dari buasir dan bukannya dari penyakit serius yang lain seperti kanser usus. Pemeriksaan untuk kanser usus perlu dibuat bagi mereka yang:

  • berumur 40 tahun ke atas.
  • mempunyai sejarah kanser usus atau ahli keluarga/saudara yang mengalami kanser usus.
  • mengalami ketidakselesaan perut.
  • mengalami pembuangan najis tidak menentu seperti selalu cirit-birit atau sembelit.
  • kurang berat badan tanpa sebab tertentu.

Apa yang boleh saya lakukan?

Ada beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan buasir dan mengurangkan simptomnya:

Elakkan sembelit

  • lebihkan pengambilan serat dalam permakanan anda dengan memakan buah-buahan , sayur-sayuran hijau dan bijirin.
  • jika ingin memakan roti atau bijirin, pilihlah yang mengandungi bijirin penuh (wholemeal)

 

Lebihkan minum air, sebaik-baiknya lapan gelas sehari


       Lakukan senaman setiap hari.


Elakkan pengambilan julap yang boleh menyebabkan cirit-birit dan menerukkan lagi masalah buasir. Anda boleh mengambil julap yang mengandungi serat tinggi seperti Fybogel yang bertujuan untuk mengelakkan sembelit.


Tips Mengurangkan kesakitan
  • Mandi dengan air suam untuk mengurangkan kesakitan dan kegatalan.
  • Jika terdapat pembengkakan, gunakan ais supaya bengkak surut atau duduk di dalam besen yang berisi air garam.
  • Ambil pil untuk mengurangkan sakit seperti paracetamol, aspirin, atau ibuprofen.
  • Terdapat banyak produk krim sapuan atau supositori yang berada dipasaran untuk rawatan buasir. 
  • Kebanyakkannya tidak mempunyai bukti yang kukuh bagi keberkesanannya. 
  • Produk-produk ini mungkin boleh mengurangkan simptom tetapi penggunaan berterusan tidak digalakkan. 
  • Ini kerana ia boleh menyebabkan masalah kulit disekeliling dubur.

Bila saya perlu pembedahan/prosedur?
  • Selalunya buasir akan hilang/baik tanpa rawatan jika anda mengambil langkah-langkah untuk mengelakkan buasir seperti di atas. 
  • Walaubagaimanapun, sekiranya ia berterusan dan mengganggu anda, dapatkan nasihat doktor.
Pembedahan/prosedur untuk rawatan buasir boleh dilakukan sama ada di klinik atau perlu kemasukan ke hospital:

Prosedur di klinik:

1.   ‘Rubber band ligation’(lihat gambar 2), boleh dilakukan bagi rawatan buasir dalaman. Rawatan ini adalah sangat ringkas dimana gelung getah yang kecil dipasang dipangkal buasir menyebabkan aliran darah ke kawasan tersebut terhenti dan buasir tersebut mengecut.
2.   'sclerotherapy’ di mana sejenis cecair contohnya Phenol disuntik ke dalam buasir tersebut menyebabkan dinding saluran vena tersebut mengecut.

Prosedur rawatan di hospital:

1.   ‘Hemorrhoidectomy’ di mana pembedahan dilakukan untuk mengeluarkan buasir tersebut. Pesakit yang menjalni prosedur ini mengambil masa 2-4 minggu untuk pulih.
2.   ‘Doppler guided transanal hemorrhoidal dearterialization’ di mana mesin ultrasound digunakan untuk mengenalpasti aliran darah arterial terbabit yang kemudiannya disekat.
3.   ‘stappler hemmorhoidectomy’ merupakan pembedahan untuk membuang bahagian tisu yang longgar yang menyebabkan buasir keluar dari dubur.

Bolehkah masalah buasir ini berulang?
  • Ya, buasir boleh berulang walaupun pembedahan telah dilakukan. 
  • Oleh itu adalah penting bagi anda untuk mengelakkan sembelit,tidak meneran semasa membuang air besar dan menggelakkan perkara-perkara lain yang boleh menyebabkan buasir seperti yang dibincangkan di atas.
Buasir bagi wanita mengandung
  • Buasir semasa mengandung sering bermula diperingkat akhir kandungan sehingga akhir waktu berpantang. 
  • Masalah buasir dikalangan wanita di Malaysia mungkin kerap berlaku akibat amalan berpantang. 
  • Ada amalan berpantang yang menyarankan ibu-ibu untuk mengurangkan minum air dan mengelakkan memakan buah atau sayur-sayuran tertentu. In mungkin akan mengakibatkan masalah buasir. 
  • Oleh itu, ibu-ibu dinasihatkan untuk berhati-hati ketika berpantang dan mendapatkan nasihat dan rawatan doktor sekiranya mengalami sembelit atau simptom buasir semasa tempoh berpantang.
MALU NAK BERJUMPA DENGAN DOKTOR KERANA BUASIR ???

DAPATKAN SET BUASIR SHAKLEE


bantu mengurangkan SEMBELIT dan melancarkan PEMBUANGAN AIR BESAR serta memberi keselesaan kepada anda apabila mengalami luka di bahagian dubur.

OMEGA GUARD 

Baik untuk sendi/otot…Pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Jadi, OMEGA membantu untuk MENGECUTKAN OTOT yang bengkak tersebut.

Disarankan kepada pesakit buasir yang tahapnya lebih tinggi seperti keluar najis bersama darah dan membuang air besar dengan rasa yang sangat perit. ZINC COMPLEX membantu MENYEMBUHKAN LUKA di bahagian dalam dubur dengan lebih cepat.

Testimoni






No comments:

Post a Comment